Sunday, February 15, 2009

memori

terlebih dahulu aku ingin mengucapkan salam takziah buat Siti Nurhaliza and family di atas kehilangan bapa tercinta pada pagi ni Ahad 15 Feb...
kebetulan aku juga kehilangan ibu tercinta pada hari dan waktu yg lebih kurang sama dua tahun yg lalu (kalau mengikut kalendar masihi..).
awal pagi tadi..aku hanya mampu menyedekahkan al-fatihah dan bacaan surah yasin kepada ibu tercinta...tak lupa juga buat saudara mara dan sahabat2 yg telah tiada..
semoga roh mereka dicucuri rahmat...amiin.

memori 14 Feb akan ku kenang sampai bila2...hari terakhir bersama my beloved mom...ingat lagi pd malam tu di hospital aku sempat mengusik..'org sume candle light dinner..takper ar kakchik pun bersama org tersayang gak..kan mama kan..' sampai aku tertido di tepi katil..sedar2 sudah lewat, aku harus pulang utk bersiap ke tempat kerja..ku lihat mama seolah-olah berat untuk membiarkan ku pergi...aku yg tak faham akan maksudnya ketika itu..hanya mampu memujuk..'sebelum gi keje kakchik datang bawak abah dan adik ek'...rupanye mlm itu merupakan hari terakhir kami bersama...keesokan paginya 15 Feb ibu meninggalkan kami sekeluarga...

sejak hari itu akan ku cuba meluangkan masa dan memastikan aku bersama dengan org yg aku sayang dan yg menyayangi aku (ello jgn ingat bf/gf je yer..beloved family and friends too ok..) kerana apabila mereka sudah tiada...tiada apa yg boleh dikesali lagi...sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya..

hari ini makcik and sepupu aku datang ke rumah...dapat la melepas rindu setelah agak lama tidak berjumpe...gitulah klau takde 'function' memang ler payah nak berjumpe...aku ngan sepupu lak sempat add each other dlm fb kahkah...and of coz ler sempat berkongsi cerita dan memori bersama...bak pepatah..air yg dicincang takkan putus...
yup i luv my family :)

No comments: