Thursday, May 27, 2010

Al-Fatihah buat Ayahanda Hj Idris

AL-FATIHAH

Tanggal 22 May 2010 bersamaan 8 Jamadil Akhir 1431H, jam 7.13 pagi ayahanda tercinta Haji Idris Bin Dolah @ Tokachil telah kembali kerahmatullah.

Sejak doktor memberitahu keadaan abah yang semakin tenat pd hari Khamis 20hb, kami tiga beradik tidur di hospital menemani abah kerana keadaannya yang tidak menentu..kami berusaha dan tawakal..adikku yg jarang ku lihat menitiskan airmata, menangis takkala berdoa..bacaan Yassin juga sentiasa kami bacakan disisi abah..awal pagi tu sempat juga aku menitikkan air zam-zam ke mulut abah...namun Allah lebih menyayangi abah, setelah selesai kami menunaikan solat Subuh yg diimamkan oleh adikku Ar-Rasyid di surau PPUKM, sekembalinya kami ke bilik ku lihat tekanan abah semakin rendah..jururawat yg bertugas berusaha memberi bantuan yg semampu mungkin..walaupun kami bertiga telah bersedia sejak Khamis yg lalu namun pabila doktor mengesahkan yang abah telah tiada, berjujuran airmata kami bertiga, kami menangis dan memeluk abah yang telah tiada..pergi untuk selama-lamanya meninggalkan kami adik beradik...kehilangan arwah mak 3 tahun yang lalu pun masih belum reda, kini abah pula menyusul...bagaikan mimpi kami telah menjadi anak yatim piatu...
Ya Allah, hanya Kau tempat mengadu, kuatkanlah hati kami untuk menempuh segala ujianMu.
Mungkin hajat abah melihat adikku boleh berdikari dan memimpin (menjadi imam) telah tercapai, maka pagi tu abah pergi dengan hati yang tenang..walaupun berat namun kami redha dengan ketentuanNya..

Ya Allah, semoga Kau cucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Haji Idris bin Dolah @ Tokachil serta diampunkan dosa beliau, moga rohnya berada disamping orang2 yang beriman..
Al-Fatihah...Amiin.



Senyuman terakhir abah sebelum tidak sedarkan diri