terlebih dahulu aku ingin memohon maaf sekiranya nukilan aku kali ini akan menyinggung perasaan mereka yg membacanya...percayalah tiada niat jahat untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa pun hanyalah tanggungjawab yg harus dilakukan sebagai seorang sahabat...dan atas nama sahabat kita harus menegur dan saling mengingati antara satu sama lain agar tidak alpa dengan keghairahan duniawi...sudilah kiranya membaca sehingga kepenghujung ayat....
ingatlah sahabat dunia ini hanyalah sementara...tiada yg kekal yg pasti akan binasa semuanya..setiap apa yg kita lakukan ada yg memerhati dan menghakimi...aku bukanlah alim..aku hanya manusia biasa seperti kalian juga..yg kadangkala sering terlupa...aku yakin setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...kembalilah ke pangkal jalan sekiranya kita semakin menjauh dariNya...solat dan berdoalah padaNya...kerana Allah sahaja tempat mengadu..insyaAllah hati yg gelap akan kembali bersinar...kebahagiaan dunia dan akhirat pasti akan diperolehi dengan keazaman...
sepanjang bersahabat pelbagai jenis manusia telah kutemui...dan tidak menjadi kehairanan sekiranya ada di antara mereka yg menyimpang dari jalan yg sebenar...kerana bagiku tiada yg mustahil di dunia ini...sebagai seorang sahabat aku hanya boleh menasihati dan mengingati...selain itu terpulang pada diri kalian sendiri...dunia ini penuh dengan godaan...godaan yg pastinya ke arah keseronokkan...tapi ketahuilah kadangkala keseronokkan itu membawa kehancuran...dan tiada seorang hamba pun akan terlepas dari dugaan...kadangkala kebenaran itu menyakitkan..lupakanlah segala kekecewaan lama binalah hidup baru...jangan biarkan kesangsian dan kekeliruan menghantui diri..kelak boleh memakan diri...janganlah terus menerus diselubungi nafsu...nafsu boleh membakar diri...jangan terus menipu diri kelak hati boleh mati...sedarlah sebelum terlambat wahai sahabat...aku menyeru ke arah kebenaran kerana aku terlalu menyayangi kalian...
tika ini airmataku jatuh mengalir tanpa disedari..mungkin tak sanggup memikirkan apatah lagi ingin memutuskan persahabatan yg terjalin demi memperjuangkan hak sebagai hamba Allah dan umat Muhammad...ingatlah mati itu adalah pasti...janganlah jadi umat yg dilaknati..janganlah menyimpang terlalu jauh...sedarlah selagi masih ada waktu...kuatkanlah semangatmu wahai sahabat...aku akan sentiasa menolong dan bersama kalian sekiranya kehadiran aku boleh mengubah haluanmu...aku akan menyokong kalian sekiranya kalian memerlukan...namun tanpa kerjasama antara kita impian hanya tinggal impian...tetapkanlah hatimu wahai sahabat untuk benar2 berubah...berubah demi kebaikan...yakinlah pada diri sendiri...kejayaan pasti dimiliki..
Ya Allah selamatkanlah aku dan sahabat2 ku dari gangguan dan godaan syaitan...coretan ini untuk diri ku dan juga sahabat2 ku...semoga ditunjukkan ke jalan yg lurus dan diredhai...siramilah hatimu dengan ayat2 suci...insyaAllah kita pasti dilorongiNya...benarkanlah aku berada disisimu untuk menolongmu sahabat...kita diberi pilihan dan pilihlah jalan yg membawa kesenangan dunia dan akhirat..dengan lafaz Bismillah iaitu dengan nama Allah yg amat Pemurah lagi amat Penyayang aku memohon padaMu Ya Allah memberkati niat yg murni ini..Amiin..
InsyaAllah..
..saling mengingati itulah sahabat sejati..
4 comments:
Insya'Allah. Sama-samalah kita berdoa sesama sendiri agar persahabatan kita di rahmati...
huhu sbenarnye lebih kpd diri sendiri..sebagai peringatan..gue ni kan selalu lupe hehe..
yup semoga persahabatan kita dirahmati..amiin..
salam ida.. bagus tu ingat mengingati sesama insan.. kita harus jalankan tugas kita sbgai sahabat iaitu menasihati.. selebihnya terpulang kpd sahabat kita utk menerimanya atau tidak... sambil kita ingatkan kawan kita, kita ingatkan juga diri kita.. InsyaAllah.. Jazakallah....
ye betul tu made..harap yg baik jadikan panduan, yg buruk jadikan sempadan..apepun semuanya terletak pd diri sendiri ;)
Post a Comment