Saturday, January 3, 2009

anak murid

tengahari hujan lebat...so bile reda skit, aku temankan angah gi wedding bekas anak murid dia, Muhamad Muqharrabbin (Qobin) dengan pasangannya Nabiha, dorang dah nikah bulan Ogos yg lalu..ni kira Majlis Bertandang, buat kat Pusat Komuniti Lembah Pantai..

Qobin ni merupakan seorang pendaki, pelari, pengayuh, perenang dan penjelajah..my sis pernah ajar and as guru tingkatan masa dia tingkatan 4A pd tahun 1998..huh dah sepuluh tahun tu...my sis cakap walaupun time sekolah dulu agak nakal, tp dia sentiasa ingat guru dan tak lupa minta restu setiap kali nak melakukan aktiviti..pd tahun 2004 dia berjaya mendaki Gunung Everest..sapa sangka cakap2 semasa sekolah, benar2 dapat dilaksanakannya..orang kata klau kita hormat guru insyaAllah kita pasti berjaya..aku hanya tumpang gembira kerana mempunyai 'anak kampung' yg begitu berusaha...terharu and very proud of him.

No comments: