Wednesday, May 13, 2009

BIO-NIK bermula 18/5

promo skit...
drama terbaru dari KRU Studios...drama bersiri televisyen yang pertama terbitan mereka berjudul “BIO-NIK” yang akan disiarkan di TV3 bermula 18/5, jam 9pm..

BIO-NIK

“BIO-NIK” tampil dengan 26 episod yang mengisahkan tentang seorang pelajar kolej yang bernama Nik. Nik mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan kecederaan yang serius pada keseluruh bahagian badannya. Bapanya, Professor Hafiz seorang saintis yang mengetuai projek bio-genetik serta organ “transplant” mengambil keputusan untuk menjadikan Nik sebagai bahan ujikajinya kerana itulah satu-satunya cara untuk mengembalikan anaknya ke pangkuannya selepas segala cara perubatan konvensional gagal. Namun, projek yang digelar A.D.A.M (Advance Developmental Android Mechanism) ini membuatkan Professor Hafiz berada dalam dilema kerana memikirkan samada langkah ini adalah yang terbaik untuk masa depan anaknya dan ia tidak melanggar hukum alam. Setelah sembuh sepenuhnya, Nik terpaksa berhadapan dengan cabaran kuasa luar biasa yang ada dalam dirinya. Disebalik segala dugaan ada hikmahnya; akhirnya Nik sedar kuasa luar biasa Nik merupakan satu-satunya cara yang mampu membantunya untuk menyelesaikan masalah akan bakal menimpa dirinya, keluarganya dan Negara.

“BIO-NIK” turut menampilkan lagu hit daripada Adam iaitu “Robot”, “Benar Benar” dan yang paling terbaru “Tukang Gempak” sebagai lagu tema. Untuk maklumat lanjut layari laman web http://www.krustudios.com.

Sebagai langkah promosi, pelbagai aktiviti telah disusun oleh pihak TV3 seperti sesi temuramah media cetak dan elektronik bersama pelakon-pelakon “BIO-NIK” menerusi rancangan di TV3 iaitu Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini dan Apa-Apa Aje. Tidak ketinggalan promosi bergerak di JOM HEBOH yang akan datang di Danga Bay, Johor Bahru dengan penampilan pelakon seperti Kamal, Fizzow Omar, Intan, Tam dan Shaz. Tayangan “BIO-NIK” akan bermula pada 18hb Mei 2009, jam 9 malam dalam slot AKSI di TV3.



..so guys dun forget to watch ya! ;)

3 comments:

Anonymous said...

NANTI JELAH TENGOK

ida said...

tengok, jangan tak tengok hehe ;)

edzlin007 said...

bio-nik best