Friday, March 20, 2009

Sirah Junjungan 2


semalam 19/3 aku berkesempatan menonton teater Sirah Junjungan 2 - Tahajud Cinta..dan artis yg menjayakan pd malam tu ialah Dato Siti Nurhaliza..(artis lain - Mawi 21/3 and Amy 22/3).
seperti yg dijanjikan pada minggu lepas...aku, wan, pika, syam, nogy and angah menggantikan hana yg tak dpt join and kebetulan lak mmg dah lama teringin nak bawak angah ni tgk teater tp asyik tak berkesempatan..so kitorang sume set jumpe terus di Istana Budaya kul 8pm..sebelum masuk jumpe dulu ngan 'abg bard' tuk amik tiket...
kitorang duduk depan skali, tu diaaa..haruus ar nampak semua dgn jelas skali kan.. + ngan pemuzik2 yg kat bawah tu huhu.. (ish de pemain seruling ni asyik pandang jer..ganggu tul ar..) ..tapi bile dok depan ni mudah ar nak amik gambar hehe..

dengan barisan pelakon yg mantap, set yg menarik dan nyanyian dato ct yg syahdu..mmg feel and terasa sey..aku mmg suka tgk nyanyian live + berkenan dengan dress ct mlm tu huhu...teater ni mengimbau kisah Nabi Muhammad S.A.W, dari sebelum kelahiran Rasulullah sehinggalah baginda wafat (hanya suara Nabi bersabda je yer..tiada imej atau bayangan, so jgn kontroversi k..) ..elok utk tontonan seisi keluarga..dapat mengimbas kembali detik sejarah nabi esp tentang peperangan..hijrah..dsb ...disebabkan aku ni mmg mudah tersentuh so bile part Rasulullah hendak wafat membuat aku sayu sgt..(sib baik dh siap2 tisu..pemuzik kat bawah plak dok pandang aku dah tak peduli huhu) ...dengan sifat baginda yg begitu mulia..kekasih Allah yg dijanjikan syurga masih risau akan sahabat2nya..risau akan umat2nya..sehingga baginda menyuruh mereka tampil sekiranya ada diantara mereka pernah baginda sakiti..aduss terasa insaf dan kerdil diri ini..jika nak dibanding sudah tentu ar tak terkira kesalahan yg pernah aku buat..tapi aku hanya mampu memohon maaf..wahai kalian yg mengenali diri ini, sudilah kiranya memaafkan aku insan yg hina ini atas segala kesalahan (percakapan, perbuatan dan perkataan) yg menyakiti kalian...yup teater ni benar2 buat aku terkedu...


Ucapan syabas harus diberikan kepada Erma Fatima atas usaha beliau walaupun tidak mendapat tajaan, namun beliau tetap meneruskan juga siri Sirah Junjungan ni...terima kasih juga pada semua artis, pelakon, pemuzik dan penari yg terlibat, usaha kalian amat dihargai..dan sudah pasti, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Nabi..



abis teater de sesi autograph..so pada sesiapa yg beli buku cenderahati (RM10 jer..) bole ler jumpe, salam and amik gambar.. sblm masuk td angah dah beli, so angah je la yg dpt jumpe barisan pelakon hehe...harga tiket lak dari RM30 - RM100..pe lagi meh ler support :D

DIA KEKASIH ALLAH
Lirik | Hijjaz


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Di dalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah




....renung2kan dan selamat beramal! ;)

3 comments:

Qarl said...

hye kak

td google2 je blog2 yg ada tulis psl sirah junjungan

karl pun g tgk teater ni mlm td...
mmg beshhh

karl akan tgk lagi sabtu ni.. edisi mawi

attyfir said...

lawanya ct..hi sis..salam kenal dr kty..exchange link ye

ida said...

hi karl
yup mmg best kan..wah best nyer dpt tgk versi lain ;)


hi sis atty
salam perkenalan..thanks ya
singgah2lah selalu :)