Thursday, December 25, 2008

Pulangkan

huh bile difikirkan memang ler scary bile ada org cuba nak sabotaj kite ke hape...klau bole dielakkan laa..aku memang ler tak mau perkara2 camni berlaku...but it happened..
...ape la nasib aku..adakah aku terlalu lurus atau terlalu naif, hingga tak perasan apa yg org nak buat kat aku..entahlah..kekadang aku pelik manusia jenis ni..seronok sangat ker buat aniaya kat org..rasa senang ker bile buat org lain susah hati..akan rasa tenteram ker hidup bile 'mencuri' dan sabotaj org lain..Ya Allah ampunkanlah dosaku kiranya semuanya berpunca dariku..kekadang kita tak tahu perbuatan kita ada menyakiti perasaan org lain hingga timbul rasa dengki atau aku terlalu lalai sehingga menyebabkan perkara yg tidak diingini berlaku..

Oleh itu, selain berhati-hati..aku hanya mampu berserah kepada Allah untuk membalas kepada mereka yg berniat jahat tu...aku berdoa semoga orang yg buat aniaya atau ingin sabotaj terhadap diriku itu ditunjukkan ke jalan yg benar, mengaku akan perbuatan yg telah dilakukan dan mengembalikan yg bukan haknya..amiin.. (yup sila kembalikan brg tersebut kerana brg itu bukan milikku, itu adalah amanah)..


''Ada tiga doa yang tak akan ditolak oleh Allah SWT, yakni doa orang tua kepada anaknya, doa orang yang teraniaya, dan doa seorang musafir.'' (HR. Abu Hurairah)


Nasib baik sifat arwah ibuku sentiasa menjadi tauladan buatku..sentiasa ingat Allah, berbuat baik dengan semua orang, jangan berputus asa dan jangan berdendam walau sesusah mana..sebab itu aku redha dengan pemergiannya kerana tau Allah lebih menyayanginya..melihat ketabahannya dlm menghadapi apa jua dugaan sehingga ke akhir hayat, membuat aku kagum...ye sabar itu separuh dari iman..adakah aku boleh setabah ibuku..hukhukhuk..insyaAllah..aku harap perkara ini akan selesai secara aman..doakan yg terbaik untukku ye..

No comments: