Wednesday, February 10, 2010

Norman Pengetua Akademi Fantasia 8

AKADEMI FANTASIA 8

Tahniah! abg long kerana dilantik menjadi Pengetua AF8..all the best..
AFUNDI NORMAN! hehe :D



_____

SEGALA teka-teki siapa Pengetua Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) akhirnya terjawab.

Pengetua baru AF8 disandang oleh Norman Abdul Halim (KRU). Tentu pihak Astro lebih arif kenapa memilih Norman.

Nama Norman diumumkan pada sidang media majlis pengumuman rasmi pengacara, tenaga pengajar dan pengetua AF8, bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, malam tadi.

Hos baru AF8 juga turut menepati ramalan iaitu Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley. Kedua-dua mereka mengambil-alih tempat AC Mizal yang menjadi pengacara selama dua musim.

Pemilihan Sarimah dan Jimmy itu diharap memberi sentuhan baru kepada program realiti ini. Sarimah akan mengemudikan program Debaran AF8 manakala Jimmy pula menjadi hos Diari AF8.

Sementara itu, kedua-dua mereka akan bergandingan pada hari konsert yang akan diadakan pada setiap Sabtu. Konsert pertama akan mula bersiaran pada 13 Mac depan melalui saluran ASTRO RIA.

Menurut Pengarah Eksekutif ASTRO Entertainment, Zainir Aminullah, buat pertama kalinya AF memilih pasangan pengacara dan bukan untuk meniru rancangan lain.

"Tetapi mempunyai matlamat supaya dapat memantapkan lagi rancangan tersebut disamping membahagikan tugas seperti mengendalikan Diari AF, Konsert AF, dan Debaran AF," katanya pada sidang media yang sama.

Menurutnya lagi, pembaharuan untuk musim kelapan adalah memilih Sabtu sebagai hari untuk peserta membuat persembahan, manakala Ahad pula hari 'Debaran' peserta akan disingkirkan.

Pada musim ini, para penonton dan peminat AF akan diberi lebih masa dan peluang untuk menilai prestasi persembahan peserta kegemaran masing-masing sebelum mengundi.

Selain itu, AF8 juga turut menampilkan muka baru iaitu pelakon berbakat, Que Haidar selaku jurulatih drama. Untuk musim baru ini, pihak ASTRO masih mengekalkan barisan tenaga pengajarnya iaitu Siti Hajar (Guru Vokal Teknikal), Linda Jasmine (Guru Tari), Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan), Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris).


Credit: mStar Online

1 comment: