Friday, November 27, 2009

Qurban

Labaikallah humma labaik. Labaikallah syarikala kalabaik. Innalhamda wani’mata. La ka Wamulkalla syarikala

Laungan yg seringkali kita dengar, memuji kebesaran Allah pada setiap kali tibanya musim Haji iaitu pada bulan Zulhijjah. 10 Zulhijjah adalah hari di mana seluruh umat Islam menyambut hari kebesaran Aidiladha atau Hari Raya Qurban..dan seperti yg kita sedia maklum pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menjalankan perintah Allah supaya mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s. seringkali menjadi tauladan.

Amati dan hayatilah supaya kita benar-benar dapat menyingkap maksud Aidiladha itu sendiri..hanya Islam satu-satunya cara hidup yang lengkap dan sempurna...cara hidup yang lengkap dan sempurna bermaksud, Islam yang diimani ini, mestilah dihayati dan diamalkan dalam segenap aspek kehidupan, mencakupi akidah, syariat, siasah (politik), ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, perundangan, akhlak dan sebagainya.

Islam yang kita anuti ini, bukanlah hanya sekadar ibadah ritual sahaja..Oleh itu setiap pengorbanan yg kita lakukan demi kerana Allah Taala pasti mendapat ganjaran..
Semoga kita semua menjadi hambaNya yg soleh dan beriman..amiin.

Salam Aidiladha pada semua ahli keluarga, sahabat handai dan pengunjung blog ini..ikhlas dari saya, Ida.



ps: doakan semoga dapat menjalani ibadah Haji dan Umrah yg sempurna sebelum menghembuskan nafas yg terakhir..

1 comment:

edzlin007 said...

selamat hari raya aidiladha. semoga kita semua dapat mengerjakan haji sebelum "pergi". amin